Menu

SUBSCRIBE

Subscribe Now!

…with web-based news readers. Click your choice below:

…with other readers:

(Choose Your Reader) FeedDemon NetNewsWire NewsFire NewsGator Outlook Edition RSSOwl Shrook Universal Subscription Mechanism (USM)

FeedBurner makes it easy to receive content updates in My Yahoo!, Newsgator, Bloglines, and other news readers.

A message from this feed’s publisher:

Current Feed Content

  • Berbelanja Nak Masuk Neraka?Posted:2015-01-30 08:26:16 UTC+08:00Seorang bapa berkata kepada anaknya, “Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? “Jawab anaknya, “Macamana masuk neraka kena bayar?”Jawab bapanya,✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?✅ Bukankah nak merokok kena bayar?✅ Bukankah masuk pub kena bayar?✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayarDan pelbagai lagi amalan mulia yang boleh menjurus kita menuju syurga Allah SWT.Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma? Tetapi kita sering leka dan alpa dengan tugas sebagai seorang hamba.
  • Kisah Teladan Burung dan Sebatang PohonPosted:2015-01-27 22:49:56 UTC+08:00Sebatang pohon berbuah sangat lebat. Buahnya terlihat kuning keemasan. Seekor burung jalak hinggap di pohon tersebut dan dengan lantang memuji pohon itu.

    “Pohon yg amat subur & terlihat indah sekali dengan buah yg cantik.” Setelah mendengar pujian burung jalak, lalu si pohon menjawab, “Kawan, tinggallah di tempatku ini!”

    Lalu, seekor burung kenari terbang ke pohon tersebut, menghadap ke arah pohon ini, sambil bernyanyi ;

    “Pohon ini sangat hijau, buahnya sangat wangi, sangat bagus bak bidadari.” Pohon pun menjawab nyanyian si kenari, “Jika dikau ingin memakan buah ku, ambil saja kawan!”

    Seekor burung pelatuk hinggap juga ke pohon yg subur ini, Ia mematuk2 di sana-sini, di seluruh badan pohon, membuat pohon amat kesakitan. Kemudian burung pelatuk berkata, ;

    “Aku melihat di dalam tubuhmu ada seekor ulat yg menjijikkan, aku ingin mematuknya keluar. Jika tidak, maka dikau akan kesakitan dimakan oleh ulat.”

    Si pohon marah lalu berkata, “Cakap kosong, kamu mematukku, sengaja ingin membunuhku kan, cepat pergi dari sini!” Burung pelatuk akhirnya pergi.

    Tak berapa lama, si pohon menderita sakit, daunnya berubah kuning berguguran. Sejak hari itu, dahannya juga layu, tidak dapat berbuah lagi.

    Burung jalak pergi meninggalkannya, burung kenari juga tidak datang bernyanyi lagi.
    Suatu hari, burung pelatuk menghampirinya lagi, walaupun pohon menjerit kesakitan, ia tidak peduli, mematuk terus sampai seluruh ulat di tubuh pohon dimakan habis.

    2 minggu kemudian, Daun pohon ini tumbuh kembali, hijaunya mulai terlihat, lebat lalu berbuah lagi seperti semula. Dengan perasaan terharu sang pohon berkata ;

    Ternyata yg bernyanyi & memuji kita belum tentu kawan, tetapi yg memikirkan & bersedia menunjukkan kekurangan & membantu kita, itulah kawan sejati.” Diedit daripada: Sumber
  • Penjimatan Pos Bagi Peniaga OnlinePosted:2015-01-24 10:25:12 UTC+08:00Sedarkah kita semua, pihak PosLaju Malaysia sedang menjalankan jualan mega bermula 1 Disember 2014 sehingga 31 Mac 2015Percuma satu dengan setiap pembelian! Wow. Buat peniaga online apa tunggu lagi, jom dapatkan harga pengeposan yang lebih murah dan berpatutan. Cara mendapatkan penjimatan ini? Lawati laman web rasmi Pos Laju Malaysiadengan segera untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran ini. Cepat sebelum terlambat!Terma dan syarat juga boleh diketahui melalui laman web rasmi Pos Laju Malaysia.
  • Kenapa Solat Tak Mencegah Dari Perbuatan Mungkar?Posted:2015-01-22 21:12:58 UTC+08:00Kenapa Shalatku Tidak Mencegah Dari Perbuatan Keji Dan MungkarAsy Syaikh Ibnu UtsaiminPertanyaan : Saya mengerjakan solat, akan tetapi saya masih melakukan sebagian perbuatan yang munkar. Apa yang anda nasihatkan kepada saya?Dan kenapa solat saya tidak boleh mencegah dari perbuatan munkar?Jawapan : Nasihat ku kepada mu:Agar engkau bertaubat kepada Allah-Azza wa Jalla- dan engkau jujur, menghadap kepada Allah.Dan engkau senantiasa menghadirkan perasaan, bahawa sangatlah pedih, sangatlah keras hukuman Allah, Dzat yang engkau bermaksiat kepada-Nya dan bagi setiap orang yang mengingkari perintah-Nya.Dan tidaklah engkau membaca firman Allah Ta’ala:نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ – الحجر : ٤٩“Dan kabarkanlah kepada hamba-hambaKu, bahawasannya Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Hijr : 49)Dan juga firman-Nya :وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْأَلِيمُ – الحجر : ٥٠“Dan sesungguhnya azab Ku adalah azab yang sangat pedih.” (Al Hijr : 50)Meminta ampunlah kepada Allah, dan mengharaplah rahmat-Nya. Dan takutlah dari azab-Nya.Adapun keadaan mu, engkau melaksanakan solat namun solat mu tidak mencegah dari perbuatan mungkar, maka berkemungkinan solat mu kurang sempurna.Solat yang boleh mencegah dari perbuatan keji dan mungkar adalah solat yang sempurna, iaitu solat yang sesuai dengan apa yang datang dari Nabi Muhammad Sholallohu ‘alaihi wassalam- dengan menghadirkan hati, dan mengerjakannya sesuai dengan sunnah.Maka TIDAK setiap solat boleh mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, ketika seseorang mengerjakannya tidak sesuai dengan sunnah.Allah Ta’ala berfirman :اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ – العنكبوت : ٤٥“Bacakanlah apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dari Al Kitab (Al Qur’an), dan dirikanlah solat sesungguhnya solat akan mencegah dari perbuatan keji dan munkar.” (Al ‘Ankabut :45)Iaitu solat yang engkau kerjakan dengan benar (sesuai contoh, bimbingan Rasulullah -Sholallohu ‘alaihi wassalam)
  • Senarai Semua Universiti Awam MalaysiaPosted:2015-01-22 15:13:38 UTC+08:00Senarai 20 Universiti AwamMungkin ada dalam kalangan para pelajar lepasan SPM, Matrikulasi, STPM dan sebagainya yang masih tercari-cari universiti tempatan yang diuruskan oleh kerajaan Malaysia. Berikut adalah kesemua universiti awam yang ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia beserta dengan laman web rasmi universiti.Senarai Universiti Awam1. Universiti Malaya (UM) www.um.edu.my2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) www.ukm.edu.my3. Universiti Putra Malaysia (UPM) www.upm.edu.my4. Universiti Sains Malaysia (USM) www.usm.edu.my5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) www.iiu.edu.my6. Universiti Utara Malaysia (UUM) www.uum.edu.my7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) www.utm.edu.my8. Universiti Teknologi MARA (UiTM) www.uitm.edu.my9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPIS) www.upsi.edu.my10. Universiti Malaysia Perlis (UniMaP) www.unimap.edu.my11. Universiti Malaysia Pahang (UMP) www.ump.edu.my12. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) www.umt.edu.my13. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) www.umk.edu.my14. Universiti Malaysia Sabah (UMS) www.ums.edu.my15. Universiti Malaysia Serawak (UniMaS) www.unimas.edu.my16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) www.utem.edu.my17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) www.uthm.edu.my18. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) www.usim.edu.my19. Universiti Pertahanana Nasional Malaysia (UPNM) www.upnm.edu.my20. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) www.unisza.edu.mySumber gambar
  • Kisah Teladan Ayam dan LembuPosted:2015-01-20 12:42:10 UTC+08:00Kisah Ayam & LembuSeorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. Wajahnya sugul seperti memikirkan sesuatu.”Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan!” kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan.Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara,”Akan saya ceritakan kepada tuan tentang kisah ayam dan lembu,” Lalu dia pun bercerita..Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan sang ayam tidak sama sekali. Perkara ini menghairankan sang ayam. Ia berasa cemburu dengan sang lembu.Ia berkata kepada sang lembu, “Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?””Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?,”tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya menggeleng kepala.”Sang lembu berkata tenang, “Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup…Moral:Berbuatlah kebajikan sementara kita masih hidup dan sihat. Jangan menunggu tika kita sudah meninggal dunia, baru mengharapkan orang lain utk berbuat kebajikan atas nama kita.
  • Kisah Teladan. Kisah Raja Habib-Rasulullah Membelah BulanPosted:2015-01-19 10:07:47 UTC+08:00Jibril & 12,000 Malaikat menemui Rasulullah di Bukit QubaisBagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R’ad 13:11)Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam. Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”Ketika Raja Habib bersama angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu tempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.”Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap katanya benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur Muhammad meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.”Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa Muhammad mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad degil maka gunakan kekerasan.Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang untuk menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima pesanan raja, baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra dan Siti Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna hitam.Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut maka baginda bersama Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah SAW.Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa takut.Raja Habib memulakan pertanyaan: ‘Wahai Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu itu?”Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang kamu kehendaki?”Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang tenggelam muncul semula dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”Setelah mendengar begitu banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu segera melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah mengatakan yang cukup baik dan tepat.”Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril as bersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.Malaikat Jibril as berkata: “Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan berfirman:“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah SWT telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya dan kedua matanya.”Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril as di angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.Matahari mulai seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelap gelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2 dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar melalui lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah SAW dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkau Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.”Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat lagi.”Belum sempat Habib hendak berkata maka baginda Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan utusan-Nya.”Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja, apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah mempersonakan tuan.”Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).Raja Habib tercengang dengan kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku, siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”Berkata anak raja Habib: “Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada saya: “Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri saya tidak ada yang kurang seperti yang ayah lihat sekarang”Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan beberapa orang hamba dikirimkan kepada Rasulullah SAW.Ketika rombongan yang membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah SAW.”Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua barang-barang yang bawa oleh rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan datang bersama mereka Rasulullah SAW.Melihat akan kedatangan orang ramai maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barang ini kepada Rasulullah SAW.”Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan sesuatu?”Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami setuju.”Bersabda Rasulullah SAW: “Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta ini.Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini esok pagi.Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka sehingga pagi.Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan. Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran Muhamad pula untuk melakukannya.”Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan Allah berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”Setelah Rasulullah SAW berkata demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata: “Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan kepada Rasulullah SAW.”Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan perak yang ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu semua menjadi pasir.”Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.Sumber: HCDKT
  • Kisah Selepas Dibangkitkan. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. – Selepas semua makhluk mati, Allah SWT pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. – Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.– Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. – Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. – Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. – Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. – Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. – Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. – Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. – Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:ⅰ- Pemimpin yang adil.ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. – Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. – Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. – Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. – ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. – Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. – Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. – Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. – Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. – Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. – Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. – Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. – Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. – Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. – Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. – Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.Sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :① Sedekah/amal jariahnya.② Doa anak²nya yang soleh.③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Kredit kepada penulis, terima kasih kerana sanggup menulis kisah ini dengan panjang lebar dan ada sebahagian kisah yang saya potong sedikit.Silakan share kepada sahabat-sahabat sebagai pedoman dan teladan buat kita semua.
  • Sebuah Kisah Mengenai Ibu – Mana Mak?Posted:2015-01-16 12:22:19 UTC+08:00MANA MAK???Jam 6.30 petang.Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.Ayah tanya Mak, “Along mana?’Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudianJam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?” Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”Alang tidak jawab. Alang hanya menggoncang bahu tanda tidak tahu.Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?“Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?” Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni.” Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.” Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudianMak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, “Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “ Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.” “Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?” Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seoran2g ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.Silakan share bagi menyedarkan diri dan sahabat-sahabat akan bermaknanya kehadiran ibu di dalam kehidupan kita.
  • 13 Perkara Perlu Dijaga Wanita UTC+08:00 13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita. 1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)2. Kaki dan semacam hantu loceng –Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajahnya sahaja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhammad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda baginda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Apabila seseorang perempuan itu solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar) Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Riwayat Imran bin Hushain ra. : Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)Wallahualam..silakan share.
  • Apa Kata JAWI?-Isu KPop bawah ini adalah kenyataan media daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkenaan isu perlakuan tidak sopan dalam konsert kumpulan K-Pop B1A4 baru-baru ini:Boleh Klik Gambar Untuk Paparan Lebih JelasTahniah JAWI kerana bertegas dalam permasalahan ini.
  • Subuh dan Isyak-Hikmah di Sebaliknya Hikmah Solat Subuh dan Isyak
    1. Ganjaran yang besar
    2. Ganjaran solat secara berjemaah
    3. Mendapat cahaya pada hari akhirat
    4. Didoa oleh Rasulullah SAW
    5. Kesan dikencing oleh syaitan
    6. Berada dalam jagaan Allah SWTHuraiannya:Sumber : Fb Majalah Asuh
  • Jadual Kuliah Ustaz Afis Ibrahim Januari 2015. Di bawah ini adalah jadual kuliah UAI(Ustaz Afis Ibrahim) bagi bulan Januari 2015:
  • Hikmah di Sebalik Sakit. Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.Semoga perkongsian ini mmberikan manfaat buat kita semua.
  • 7 Kegunaan Ubat Gigi. Umumnya, ubat gigi mestilah digunakan bersama dengan berus gigi untuk membersihkan gigi kan? Tetapi, tahukah kalian ubat gigi juga boleh digunakan untuk perkara-perkara lain. Untuk membersihkan calar di CD, bersihkan kotoran di kasut dan sebagainya. Semoga tip-tip ini berguna di dalam kehidupan seharian kita 🙂
  • Hebatnya Doa Duduk Di antara Dua Sujud. Dahsyatnya Doa “Duduk Diantara Dua Sujud”Paling minima kita membaca doa ini 17 kali sehari.Do’a itu adalah DO’A DIANTARA DUA SUJUD, marilah kita renungi maknanya.√ ROBIGHFIRLIIWahai Tuhan ampunilah dosaku.Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redha Allah. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.√ WARHAMNIISayangilah diriku.Apabila kita disayangi Alllah, hidup akan terasa nyaman, kerana dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih sayang Allah, nafsu kita akan terbimbing. InsyaAllah.√ WAJBURNIITutuplah segala kekuranganku.Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, tidak dapat menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dan sebagainya. Jika kekurangan kita ditutup atau diperbaiki Allah, maka kita akan menjadi manusia yang sebenarnya.√ WARFA’NIITinggikanlah darjat ku.Kalau Allah sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang boleh menghina kita.√ WARZUQNIIBerikanlah aku rezeki, sebagai hamba Allah kita memerlukan rezeki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.√ WAHDINIBerikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan.Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah.√ WA’AAFINIIBerikanlah aku kesihatan. Apabila kita sihat kita dapat menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain.√ WA’FUANNIIAku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan.Kita awali do’a ini dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan agar catatan dosa kita dihapus. Sehingga kita benar-benar bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir.Wallahualam. Semoga bermanfaat untuk kita semua. :)Sumber gambar: http://www.konsultasisyariah.com
  • Empat Pesanan Rasulullah SAW Kepada Aisyah Sebelum Tidur.
  • Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu:1. Sebelum khatam al-Quran.2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”.Bertanya Siti Aisyah :“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “Rasulullah tersenyum dan bersabda :1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kaliSeakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’lam yalid walam yuulad’walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “2. “Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau“ Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiimSubhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar “( 3x )Apa salahnya sebagai suami kita berpesan kepada isteri perkara-perkara ini sebelum melelapkan mata. Indahnya Islam 🙂
  • Giveaway Pertama Blog Cinta Itu Indah. Sama-sama memeriahkan lagi giveaway beliau. Jom sertai: Giveaway Blog Cinta Itu Indah 🙂
  • Kisah Tiga Lelaki Tua Berjanggut Putih. Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.Wanita itu bertanya, ” Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.””Adakah suami awak ada dirumah?”, mereka bertanya.”Tidak”, wanita itu berkata. “Suami saya telah keluar.””Jadi, kami tidak akan masuk”, mereka menjawap.Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. “Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!”Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.”Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,” mereka menjawap.”Mengapa begitu?” wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :”Namanya ialah Kekayaan,” Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, ” Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.Dia menyambung lagi, “Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.”Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.”Bagusnya!!” dia berkata. “Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!”Isterinya tidak bersetuju. “Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?”Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :”Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!””Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu,” kata suami itu kepada isterinya.”Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita.”Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, “Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami.”Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :“Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?”Mereka semua menjawab: “Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.…Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!”…Dicatat oleh IBNU MUSLIM
  • Kisah Seekor Ular Beremosi. Buat renungan kita semua: Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan ‘musuh’ tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah.”(HR Bukhari & Muslim) Jangan tertipudengan usia MUDAkarena syarat MatiTIDAK harus TUA. Jangan terpedaya dengantubuh yang SEHATkarena syarat MatiTIDAK mesti SAKIT Jangan terperdaya denganHarta KekayaaanSebabSi kayapun tidak pernahmenyiapkan Kain Kafanbuat dirinyameski cuma Selembar. Mari Terus berbuat BAIK,berniat untuk BAIK,berkata yang BAIK-BAIK,Memberi nasihat yang BAIK Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan Tidak suka dgn NasihatmuCukup lah اللهِ yangmengenalimu lebih daripada orang lain. Jadilah bagai Jantungyang tidak terlihat,Tetapi terus berdenyutsetiap saat hingga kitaterus dapat hidup, berkaryadan menebar manfaatbagi sekeliling kitasampai diberhentikanoleh NYA Sahabat2ku:”Waktu yang kusesali adalahjika pagi hinggamatahari terbenam,’Amalku tidak bertambahsedikitpun,padahal aku tahu saat iniumurku berkurang”(Ibnu Mas’ud r.a)
  • Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Januari 2015. Assalamuallaikum wbt, di bawah ini adalah jadual kuliah UAI bagi bulan Januari 2015. Jika ada sebarang pengubahsuaian, InsyaAllah saya akan update dari semasa ke semasa.Silakan share kepada rakan-rakan 🙂
  • Sekitar Lawatan Banjir UAI ke Kg Kuala Nal, Kuala Kerai. Gambar di bawah adalah sekitar lawatan Ustaz Azhar Idrus ke Kampung Kuala Nal, Kuala Kerai. Turut sama Adun Mengkebang, YB Ustaz Latif dan Pengarah Operasi Banjir Kuala Kerai, saudara Hilmi.
  • Kisah Seorang Pembaiki Kasut. Ada pengajaran di sebalik kisah ini.Dalam perjalanan balik dari mall.Aku menyelusuri lorong belakang mall. Hajatnya nak baiki kasut. Dah tercabut tapak. Nampak seorang pakcik tua di kaki lima. Orang kurang upaya. Manusia normal seperti kita, cuma tanpa sepasang kaki.Beliau tengah mengilat kasut seorang lelaki bersut pejabat. Lelaki itu berdiri. Kakinya pada papan kasut yang disediakan. Pakcik tua tekun menjalankan kerjanya.Kami menghampiri pakcik tua tersebut. Tunggu giliran.”Dah siap ke? Lambat betul la kiwi pun.” Lelaki tu mengeluh-ngeluh.”Dah siap, tuan.” Pakcik tua memberhentikan gosokan. Lap kali terakhir kasut lelaki yang sedang berdiri tersebut.”Tak nampak berkilat pun. Berapa?” Lelaki itu tanya harga.”RM3.00.” Pakcik itu senyum jawab.“Gila mahal! Dahlah tak berkilat langsung!” Sambil dia mengeluarkan 3 keping note biru. Campak ke papan kasut. Baru saja pakcik mahu mengutipnya, diletakkan kembali kasut atas tangan pakcik tersebut. Pijak tangan pakcik!Pakcik mengaduh perlahan. Nampak berkerut mukanya yang berkedut seribu.”Kalau buat kerja tak elok, ni lah makan dia!” Lelaki tu ketawa kemudian mengalihkan kasutnya.Berlalu dari situ.Aku dan kawan panas hati melihat kejadian itu. Lantas aku berteriak,”Woi tua kutuk! Kau tak ada hati perut ke pijak tangan orang tua?”Lelaki itu berpaling. Kemudian, ketawa. Seraya angkat jari tengahnya pada kami.”Pergi mampus kau orang semua.”Dia tak layan. Terus berlalu. Aku cuba kejar. Nak terajang beliau. Tapi segera dihalang pakcik tua.”Sabar, nak. Tak mengapa. Tak mengapa.” Pakcik tua senyum sambil pegang sebelah kakiku.Bagaimana pakcik boleh bersabar sedangkan kami dah hilang sabar?Kami duduk bersila di sebelah pakcik di kaki lima.”Allah dah banyak kali sebut Allah bersama-sama orang yang sabar dalam al-Quran. Biarlah Allah yang tunjuk amarah-Nya. Amarah pakcik, amarah kamu berdua tidak sebesar amarah Allah. Murka Allah itu lebih ganas. Lebih dahsyat.” Pakcik senyum lagi.”Tapi lelaki tu dah melampau!” Aku tak puas hati. Kawanku diam gigit bibir. Tahan marah agaknya.”Jangan marah. Ingat. Ni cuma kesakitan kecil dibandingkan dengan umat Islam di Syria, Afrika, dan lain-lain. Di Afrika, kepala orang Islam dipijak hingga lumat. Di Syria, orang Islam disembelih hidup-hidup, disiat, dirogol. Apalah sangat sakitnya tangan pakcik ni. Tak luka pun. Dah, jangan marah ya.Ni nak baiki kasut ya?”Aku mengangguk perlahan. Sambil serahkan kasutku. Pakcik tu segera menjalankan tugasnya. Tampal dan jahit mana yang patut. Dibersihkan kasutku hingga nampak baru.”Siap. RM5.00.”Kawanku keluarkan note RM50. Dihulurkan pada pakcik. “Pakcik, ambillah, tak perlu berikan baki.”Pakcik tu menolak.”Walaupun untung pakcik sehari-hari tidak banyak. Tak sampai RM50 pun sehari, tetapi pakcik bersyukur. Yakin yang sikit itulah rezeki Allah yang bersih lagi halal. Makin banyak duit di tangan pakcik, makin gelisah hati pakcik. Lagipun pakcik tak sara sesiapa melainkan diri sendiri.Ramai orang dapat duit banyak. Dapat duit cara cepat. Dapat duit dari keuntungan modal orang bawahan, downline dan sebagainya. Tapi duit itu segera habis. Duit itu tidak berjaya menenangkan hati. Tidak berjaya melapangkan dada.”Nak tak nak, pakcik tu nak RM5 juga. Taknak RM50. Kami akur.”Doakan pakcik. Anak-anak ni soleh. Doa orang soleh dimakbul Allah. Doakan pakcik bahagia di alam kubur. Doakan pakcik dikurnia Syurga. Pakcik bimbang, kerana pakcik tidak berdaya segera ke masjid tiap kali masuk waktu solat, selalu terlewat sebab pakcik berjalan dengan tangan. Bimbang Allah marah. Bimbang Allah hukum pakcik sebab lambat ke masjid. Tolong ya.”Pakcik senyum. Namun di matanya berkaca-kaca.Kawanku peluk pakcik tu erat-erat. “Insya-Allah pakcik. Amin, amin, amin.”Kami bersalam kemudian mengucapkan selamat tinggal pada pakcik tua.Dalam perjalanan pulang, aku terasa sungguh ke dalam hati.Kami dikatakan soleh. Hanya kerana kami pakai kopiah.Pakcik takut dihukum Allah kerana lambat ke masjid.Aku langsung tidak ke masjid kecuali solat Jumaat sahaja.Pakcik penyabar.Aku sebaliknya.Akulah tidak layak ke syurga-Nya.Tak semena-mena air mata turun sendiri. Tak mampu ditahan lagi bertakung di empangan kolam air mata ini.
  • Kisah Menarik Mengenai Rasulullah SAW. KISAH SANGAT MENARIK MENGENAI PERIBADI RASULULLAH1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.””Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”6) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,”Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?””Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.””Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.”Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?””Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”Allahumma shalli a’la saiyidina Muhammad.
  • Koleksi Gambar Ambang Tahun Baru 2015 Rusila. Alhamdulillah..syukur kepada-Nya. Sebanyak RM80 000 berjaya dikumpul daripada program Ambang Tahun Baru 2015 atau secara ramsinya bertajuk Chat With Me 2.0 di Rusilabaru-baru ini yang dihadiri oleh Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ustaz Nazmi Karim dan ramai lagi.Daripada Hadis Sahih Muslim:Dari Salim r.a. dari bapanya katanya Rasulullah saw. bersabda: “Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya (teraniaya). Siapa yang membantu (mencukupkan) keperluan saudaranya maka Allah Taala membantunya pula (mencukupkan) keperluannya. Siapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim. maka Allah Taala melapangkan pula kesulitannya kelak di hari kiamat. Dan siapa yang menutup kesalahan(rahsia) orang muslim, maka Allah menutupi pula kesalahannya kelak di hari kiamat.”Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang sempat saya ambil daripada fb page Ustaz Nazmi Karim (Original) dan page Ustaz Azhar Idrus ( Original ).

Kredit kepada Ustaz Nazmi Karim dan UAI di atas perkongsian gambar-gambar di atas. Silakan share 🙂

Archives

November 2019
M T W T F S S
« Oct    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Categories