Kesesatan Syiah - Jom Kenal Islam

Kesesatan Syiah

KESESATAN SYIAH.

Abdullah bin Ahmad bin Hambal berkata: “Aku bertanya ayahku (Imam Ahmad): “Siapakah Rafidhah?” Beliau menjawab: “Orang yang memaki hamun Abu Bakar dan Umar r.a.” (As-Sharimu Al-Maslul Ala Syatimi Ar-Rasul, halaman 567)

Rafidhah adalah satu golongan Syi’ah pelampau yang menganut fahaman-fahaman yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam yang suci. 


Di antara fahaman dan ajaran mereka ialah:-

1. Al-Qur’an yang ada hari ini ialah al-Qur’an yang sudah ditokok tambah dan diselewengkan.

2. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW telah murtad sepeninggalan Baginda SAW.

3. Hadith-hadith yang boleh diterima hanyalah hadith-hadith yang diriwayatkan daripada Imam-Imam Ahlul Bait menurut saluran mereka sahaja. Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kebanyakan sahabat termasuk isteri-isteri Rasulullah SAW adalah tertolak kerana mereka telah murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW dan kerana
mereka telah banyak mencipta hadith-hadith palsu.

4. Raj’ah iaitu kepercayaan bahawa imam-imam akan dihidupkan semula sebelum qiamat untuk menghukum orang-orang yang telah merampas hak-hak mereka (ahlul bait) dan telah menganiayai mereka termasuk Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, ‘Aisyah, Mu’awiyah dan lain-lain sahabat.

5. Imamah atau Walayah iaitu kepercayaan bahawa imam-imam dilantik dan ditentukan oleh Allah SWT. Imamah adalah salah satu Rukun Iman, sesiapa yang tidak percaya kepada rukun ini tidaklah ia termasuk ke dalam golongan orang-orang mu’min.

6. ‘Ismah iaitu kepercayaan bahawa semua imam adalah ma’sum (terpelihara daripada dosa-dosa sama ada besar atau kecil). Imam-imam itu juga tidak tersalah atau tersilap dalam segala tindak tanduknya.

7. Al-Baraa’ah atau Tabarra, iaitu kepercayaan berlepas diri dan memutuskan hubungan kasih sayang dengan semua khalifah-khalifah sebelum Ali r.a., iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman r.a.

8. Ghaibah iaitu kepercayaan tentang adanya imam yang lenyap dan akan kembali ke dunia setelah dunia ini dipenuhi oleh kezaliman dan kekacauan, dengan membawa keadilan pemerintahannya.

9. Taqiyyah iaitu kepercayaan menyembunyikan fahaman yang sebenar dan melahirkan yang lain daripada apa yang ada di dalam hati. Taqiyyah merupakan salah satu ciri keimanan bagi orang-orang Syi’ah.

10. Mut’ah (kahwin kontrak) dan lain-lain kepercayaan dan fahaman yang sama sekali tidak ada kena-mengenanya dengan agama Islam.

Lantaran kepercayaan mereka yang menyeleweng dan tersasul begitu jauh sekali dari ajaran Islam yang sebenarnya maka kita dapati ‘ulama’-’ulama’ Islam sejak dahulu hingga sekarang menentang sekeras-kerasnya segala ajaran dan fahaman yang dibawa oleh mereka. ‘ulama’ Islam telah menggambarkan golongan Rafidhah ini dengan seburuk-buruk gambaran malah telah mengeluarkan mereka dari agama Islam yang suci murni.

Sumber : facebook Sham Kamikaze
Sumber gambar : karyaorbitaku.wordpress.com
2 Komentar untuk "Kesesatan Syiah"

Terima kasih memberi komen di laman Jom kenal Islam. Sila kunjungi lagi :)

 
Copyright © 2010-2014 Jom Kenal Islam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info