Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj - Jom Kenal Islam

Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj

Ada seorang rakan meminta saya mencari info mengenai kisah kaum ini dan disiarkan di blog Jom Kenal Islam ini.Saya harap info2 di bawah dapat membantu dia,anda semua serta diri saya mendalami ilmu Islam dengan lebih bersungguh-sungguh dan istiqamah.

Siapa yakjuj dan makjuj? Biodata yakjuj dan makjuj?


Saya percaya, hampir kesemua pembaca blog ini telah acap kali mendengar mengenai perihal bangsa Yakjuj dan Makjuj atau di dalam bahasa inggeris-nya disebut sebagai Gog and Magog. Ia merupakan salah satu daripada 10 tanda-tanda besar kiamat. Untuk entri kali ini saya akan menerangkan secara amat terperinci mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj berlandaskan pelbagai sumber rujukan dan pandangan ulama’ tersohor. Di harap entri saya pada kali ini dapatlah dijadikan sebagai ilmu yang sangat bermanfaat buat anda semua.

Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika dunia hampir kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di muka bumi ini. Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu tetapi mereka dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam iaitu Zulkarnain. Sejak dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari satu keturunan hingga ke keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu menjelang hari kiamat.

Sejak kewujudan bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum, pengkaji terus-menerus mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai kehidupan mereka serta lokasi misteri yang mengurungi bangsa tersebut. Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang menghasilkan banyak bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud bangsa misteri di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj dan lokasi itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau temboknya.


Sifat dan ciri-ciri bangsa Yakjuj dan Makjuj bukanlah seperti mana yang di gempar-gempurkan oleh masyarakat barat (contohnya seperti illutrasi di atas). Sebagai orang Islam kita wajib mengkajinya berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Dalil Al Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj

Kewujudan Yakjuj dan Makjuj adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98, Allah swt berfirman:

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan.
Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" 
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
Setelah dikurung oleh Zulkarnain, Allah swt menceritakan pula mengenai kebangkitan bangsa Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia sebelum kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan turun ke dunia melalui puncak-puncak gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97, Allah swt berfirman:

(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".


Tembok Yakjuj Dan Makjuj Telah Terbuka

("…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97) Ayat ini telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada sesiapa pun yang mampu menebuk tembok itu melainkan apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Sebaliknya, di dalam satu hadis pula ada menceritakan iaitu Nabi bangkit dari tidur (dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi), lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas ini!" Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.

Cuba kita perhatikan, hadis diatas ini telah menyatakan bahawa tembok itu "telah pun ditembusi" tetapi bagaimana pula dengan ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj "tidak dapat menebuknya"? Makna terhadap 
ayat 97 surah al-Kahfi ini adalah, tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk tembok tersebut kecuali dengan keizinan Allah swt manakala makna hadis diatas pula adalah, Allah swt telah pun melepaskan mereka dan mereka telah pun berjaya menebuk tembok tersebut melalui keizinan Allah swt. Kesimpulannya ialah, bangsa Yakjuj dan Makjuj sudah lama terlepas keluar ke dunia luar! (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Bencana Di Sebalik Gunung

Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan. Sesetengah ulama' juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung di kawasan Asia Tengah. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt)

Khayalan masyarakat barat mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kaum Mole hanyalah  kisah dongeng semata-mata!

Ada bahagian yang telah saya buang dari sumber sebenar bagi mengatasi kekeliruan dalam kalangan kita..
*Segala kebenaran datangnya dari Allah swt manakala segala kesilapan datangnya dari diri saya sendiri. Sekian Terima Kasih. WA . :)

Ada para pembaca blog berpendapat yakjuj dan makjuj ini adalah lava gunung berapi. Apakah penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai pendapat ini. Dengar penjelasan beliau di sini.

56 Komentar untuk "Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj"

terime kaseh dinie,hok nie memang aq tertarik ngan citer yer!!athir

Terima kasih kongsikan. Lepas tgok cta world war z n pastu baca fskta ni bru dpt bnding kan hakikatnya

tiada yg mustahil manusia boleh hidup bawah tanah dgn izin Allah..Wallahualam.. :)

Ya..Dengan izin-NYA semua boleh berlaku :)

Mengapa Zulkarnain tidak menyerang atau menghapuskan Yakjuj dan Makjuj? Dalam pertemuan satu kaum pada matahari terbenam Allah memberi pilihan kepada beliau untuk musnahkan atau berdakwah kepada mereka, namun dalam kes ini Zulkarnain tidak mengambil pendekatan untuk berdakwah, persoalannya ialah mengapa?

Bagaimana pula kaum itu boleh memberi cadangan yang bernas dan Zulkarnain bersetuju supaya tembok dibina?

sebab yakjuj dan makjuj jauh lebih hebat dari tentera dzulkarnain, tidak setanding, yakjuj dan makjuj adalah kaum yang amat dahsyat, lebih dahsyat dari berserker dari norway, atau barbarians,dzulkarnain hanya mampu utk meletakkan 'barrier' antara kaum yakjuj dan makjuj, dan dunia luar, tidak lebih dari itu.... Wallahualam :)

Thanks for information

Assalamualaikum..aku x rasa yajuj dan makjuj ni da keluar..aku rasa x puas hati bab yg kata x logik yajuj dan makjuj tu xleh hidup dalam tanam sbb xda oksigen..kuasa Allah x tercapai dengan logik akal manusia..dari kecik sampai la skrg ni, kalo aku dengar cite yajuj makjuj ni..semua cakap yajuj makjuj tgh usaha korek kuar tapi bila hampir jer nak tembus keluar, tembok tu akan tertutup semula disebabkan masih ada azan berkumandang..aku bukan nak tunjuk terer..kalo aku salah, betulkan salah aku..yg baik datang dari Allah,yg buruk dari aku sendiri..

Wsalam..Wallahualam..kuasa Allah mengatasi semuanya.. :)

Terima kasih saudara penulis. Terdapat kupasan terbaru dan dibukukan perihal yakjuj & makjuj ini. Menariknya, ianya menepati logik disamping kenyataan2 yg terdokong melalui sumber2 yg kita blh kita percayai. Sekadar utk menambahkan ilmu, mungkin saudara berminat utk mendalaminya.

http://ow.ly/pxDFs

Sama2..terima kasih juga kerana berkongsi mengenai buku tersebut :)

Mane ade yakjuj makjuj ni da lame kuar..kn zulkarnain da kata..smpai satu mase,bila hampir nya kiamat,Allah akan leburkn benteng itu dan keluar lah bangsa tersebut..and dlm hadis nabi tu,ape yg nabi nk smpai kn bahwa,kiamat hampir tiba..salah lau kita ckp yakjuj makjuj da lme kuar..kiamat kita xtaw bila..hanya Allah yg taw..

okey..terima kasih atas perkongsian :)

Wahh..ni memang membuka minda ketika membacanya..apa2 fakta lgi yg ada tolong kongsikan ya.. :-)

Walaubagaimanapun,kisah nabi dzulkarnain membina tembok drpd yakjuj &makjuj terlepas sblm hari kiamat mengujikan kekuatan iman umat islam untuk bersatu padu....,WALAHHU 'ALAM

Cuba baca teori hollow earth..kemungkinan yakjuj dan makjuj masih didalam perut bumi..

Yajuj & Makjuj adalah termasuk perkara2 rahib yang mana Allah hijab daripada mausia melihatnya didunia ini sehinggalah janji Allah dalam surah Al-kafi bila di inzinnya keluar bila dunia hampir kiamat.Kita umat islam kena beriman kepada benda2 yang rahib.

Salam. Keturunan Al-Asad tu dari mana? Kejahatannya melebihi yahudi. Adakah mereka dari kaum Yakjud & Makjud?

salam..semalam sy menonton rancangan agama di tv al-hijrah..tajuknya 5 tanda kiamat..antaranya org islam akan diserang oleh bangsa turk..mukanya seperti perisai( mempunyai tulang pipi yg tinggi) muka kemerah-merahan dan bermata sepet..memakai kasut kulit dan berasal dari sebelah timur..mereka akan mengejar org islam hingga ke Tanah arab dan akan berlaku kemusnahan yang sangat dahsyat..mungkin kaum inilah bangsa yakjuj dan makjuj yg di sebut dalam al-quran..

Apa beza yahudi dengan yakjuj makjuj dan dajjal?

salam admin..bangsa turki,monggol,tartar byk yg da mmeluk Islam.antara yg trkenal org chechen,turki uthmaniah...xkn laa mereka ni bangsa yakjuj makjuj kot

Wsalam wbt..Wallahualam.. Allah lebih mengetahui..
Apa kata UAI : http://www.youtube.com/watch?v=QMuBCnok8Vs

Takkanlah yakjuj dan makjuj tu tak tahu nak cari jalan lain untuk melepasi tembok tu?

Karut lah semua nie..

Satu-satunya penerangan yang logik tentang yakjuj dan makjuj ada di www.yakjujdanmakjuj.com/blog

Apakah yang memakan segala benda apabila ia berjalan melaluinya? Hanya dua keadaan yang sejuk dan cair dan yang amat panas dan cair...

Jika mentafsir dengan kepastian, siapa rujukan kita? Mengikut kata orang, sudah pasti akan disalahkan. Ilmu yang benar itu adalah jauh dari segala yang ditafsir. Bacalah ayat Tuhan dengan maksud ayat itu. Moga mendapati hal yang sebenar.

Sekadar memberi pendapat..zulkarnain mempunyai bala tentera yg kuat namun xmampu menandingi yakjuj & makjuj..kenapa yakjuj & makjuj tidak mnyerang sedang zulkarnain membina tembok? Persoalannya sekarang yakjuj & makjuj siapa atau apakah? Adakah suatu bangsa, kaum?..yakjuj & makjuj dari perkataan arab berasal dari perkataan nyalaan dan gelombang..keluar dari gunung2..tidakkah ciri2 seperti gunung berapi?..minta maaf sekiranya salah.

http://vimeo.com/m/70324019

Sbenarnya dlm alquran tak bgtau dgn jelas apa sebenar yakjuk dan makjuk...adkh dr klgn manusia@ binatang @ bencana alam?dlm hadis nabi byk yg doif...jadi,klu kita ikut akal yg waras,knp yakjuk x cari jaln kuluar lain untk bergerak,?? Knp time zukqornain buat tembaj,yakjuk tak serang zulqarnain...klu kena kurung,matilh merka sbb nok mkn apa...dan yakjuk tinggl zamn zukqarnain dh lama mati??sy yakin maksud yakjuk disini adlh makhluk Allah yg diberi nama bencana alam..ye..tumpahan lava gunung berapi

xtau la siapa betul siapa salah.. hnya Allah yg tahu...

http://vimeo.com/70324019

Gambaran boleh disaksikan dlm movie "SuperVolcano"

Yakjuj dan makjuj bkn manusia tp ia adlh sebuah bencana alam (gunung berapi)

boleh jadi yakjuj & makjuj adalah bencana alam (lava gunung berapi)

Pertanyaan yg kerap digunakan adalah.. 'Siapakah Ya'juj & Ma'juj'?.. mengapa tidak ramai yg bertanya.. 'Apakah Ya'juj & Ma'juj...

Mengikut riwayat Nawwas bin Sam'an bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala dengan leher mereka dimakan ulat dan mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa dan pengikutnya turun ke bumi. Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj dan Makjuj dan bau jasad mereka yang tidak baik. Kemudian Allah SWT utuskan burung seperti leher-leher unta memakan dan membawa mereka mengikut kehendak Allah SWT. Selepas itu Allah SWT menurunkan hujan membasuh bumi hingga menjadi suci.

Jap, yg hadis nabi di rumah zainab jahsyi tu yg baginda ckp yakjuj n makjuj tu da kuar tu sahih ke? Bkn ia buat kerosakan bila nak kiamat?? K tak clear...

K lupa nk type salam, Assalamualaikum, hehe

Jap, yg hadis nabi di rumah zainab jahsyi tu yg baginda ckp yakjuj n makjuj tu da kuar tu sahih ke? Bkn ia buat kerosakan bila nak kiamat?? K tak clear...

Thx admin.. Tp admin ptot kaji lebih lg.. Kalau yakjuj makjuj ialah anak2 adam atau makhluk kira machine gun n bazooka kta boleh guna la kan... Wakaka...

makjud dan yakjud ada setengah padangan orang menyatakan bahawa ia adalah GUNUNG BERAPI..yakjud dan makjud bukan siapa..tapi apakah ia..zulkarnain membina tembok2 adalah utk menghalang lahar gunung berapi menghampiri perkampungan2 terdekat dengan gunung2..(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.) pemikiran lama harus kita bahaskan.utk mendapat jawapan sebenar...so khimat bermula dari gunung berapi..allahualam...mari bincangkan

"Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas ini!"

apa kene ngena hadis nie dengan gunung berapi ?

lojiknya Y&M tu ialah lava gunung berapi, sebab tu Zulkarnain tak boleh perangi dia dengan senjata, katakan Y&M tu "KAUM" , takkan lah depa tak sabotaj semasa pembinaan tembok dan penutup tu...

Few point kat sini aku katakan Y&M tu LAVA.
I) Perkataan YAKJUJ DAN MAKJUJ =YAKMAK ( please google, Bahasa Turki Kuno.
2) Dalam Quran..tengok ejaan arab YAKJUJ DAN MAKJUJ iainya bersifat apa- sila rujuk pada pakar bahasa arab, focus pada alif jim- dengan mim-jim,
2a) di sebut dua kali dalam quran,
Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj & Makjuj itu membuat kerosakkan di atas bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?" - [18:94]

Korang tengok, kaum setempat tu sendiri yang bagi idea camna nak solve problem diorang ngan Y&M ni, maksudnya idea corrective action tu dah ada cuma nak implement x boleh buat. dah corrective action tu diterima ( approve ) pakai oleh Zulkarnain ( yang aku yakin Bijak giler ), sebab dengan cara tu sahaja boleh sekat lava, tengok jepun , indon skang pon dah buat

"Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21:96]

Turun dengan cepat dari tempat tinggi..sendiri pikiaq ler...

3) Sekiranya Y&M tu kaum (Orang )Takkan Zulkarnain cuma dengar cakap penduduk setempat yang bahasa sukar difahami itu terus bina tembok untuk mereka, tanpa check who is the really bad guy?
4) Kita faham sifat pemimpin yang adil seperti Zulkarnain, kalau ada conflict antara kaum, apa yang first thing dia buat? negotiation, persempadanan semula and last resort halau atau perang, why bina tembok?come on!!!

5) Kalau kaum Y&M itu terperangkap dalam tembok dan tertutup, macam mana food &water & oksigen supply dia.

Bagi aku, jangan "over engineer" benda ni, go straight by book senang..Quran tu menyenangkan. korang yang bikin susah, lepas tu tuduh plak kaum Viking, mongol, tartar , yahudi , salafi, syiah tu Y&M yang terlepas . Kah!kah!

Di dalam surah al kahfi ayat 94 ada disertakan perkataan kaum..adakah lava gunung berapi termasuk di dalam kaum?
قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا


Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Wallahualam..

tolong highlight mana dia mentioned KAUM ( dalam arab ), kalu setakat terjemahan tu baik tak payah... ini hint dia. عائلة ,دولة , kalu ko tak paham arab , ko copy paste je semua ayat tu dalam. google transalation. tolong bandingkan ayat lain yang ada menyebut kaum, cth Adh-Dhariyat [51] : 46 وَقَوْمَ نُوحٍ مِّن قَبْلُ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَوْمًا فَٰسِقِينَ

Ada yang kata yakjuj dan majuj ini adalah lava gunung berapi..dengar penjelasan UAI di sini: http://www.youtube.com/watch?v=rxZYUtzsXng

Saya bukan ulamak nak menentukan siapa yakjuj dan makjuj ini. :) Saudara boleh mendengar penjelasan daripada UAI mengenai perkara ini : http://www.youtube.com/watch?v=rxZYUtzsXng

 
Copyright © 2010-2014 Jom Kenal Islam - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info